Sinopsis
Al-Quran mampu melakukan perubahan-perubahan terhadap akal manusia dan membina dasar-dasar keimanan dalam hati. Selain itu, al-Quran dapat memurnikan perasaan dari segala hawa nafsu dan perasaan cinta kepada dunia yang menjadi kekangan dalam menambahkan tahap keimanan. Sesungguhnya iman yang tertanam kuat di dalam hati memiliki peranan yang besar dalam memperbaiki dan meluruskan manusia agar selalu taat kepada Allah SWT. Ia akan mendorong manusia agar sentiasa istiqamah dalam meniti jalan Allah SWT.
Bagaimana caranya? Buku ini memberikan jawapannya kepada anda. Malalui buku ini, anda akan mengetahui tentang hakikat iman, proses pertambahannya, peranan al-Quran dan membina keimanan yang kuat melalui al-Quran.
Cari jawapan bagaimana meningkatkan tahap keimanan anda dengan menjadikan buku ini sebagai rujukan.
Buku ini seakan membenarkan kepada musuh-musuh Islam sangat takut jika umat Islam dapat menggali dan memiliki sumber keimanan yang tinggi dari Al-Quran, malah Al-Quran telah berjaya membentuk dan meningkatkan keimanan kepada orang-orang yang soleh sehingga jiwanya hanya untuk Allah SWT sahaja.
---
Penulis:
Majdi Al-Hilali
top of page
S$20.00Price
bottom of page

![Madani – Corporate Logo V2 [Revised 2021]_Square.jpg](https://static.wixstatic.com/media/bfda72_db6246e5c5744dd9bab287e917f0adbd~mv2.jpg/v1/fill/w_115,h_148,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/Madani%20%E2%80%93%20Corporate%20Logo%20V2%20%5BRevised%202021%5D_Square.jpg)