Nota My #QuranTime (Juzuk 3)
Selepas buku juzuk 1 & 2 kini terbit pula juzuk 3 dalam pasaran. Juzuk 3 ini banyak mengupas isu semasa terjadi dalam masyarakat seperti riba, kepimpinan, berhutang, infaq dan lain-lain.
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-3 banyak mengupas isu semasa yang banyak terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini. Antara isu yang dibincangkan ialah:
- Tentang sedekah dan infak: perlu ditunjuk atau disembunyikan?
- Tentang tawaran buat mereka yang berinfak
- Tentang kaedah berhutang cara Allah SWT
- Tentang pemimpin yang melakukan kerosakan
- Tentang riba yang diperangi Allah SWT dan Rasul
- Tentang peringatan kepada kaum yang kufur
- Tentang doa; hanya Allah SWT Yang Maha Mengabulkan
Nota ini juga merangkumi:
- Satu buku, satu juzuk
- Nota pilihan daripada penonton
- Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
- Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
- Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca
---
Dikendalikan oleh:
UMMAH IKLHAS (Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Foundation)
Diterbit oleh:
Karya Bestari
---
Kata Pengantar Oleh:
Dato' Prof Dr. Mohd Zulkifli Mohd Yusoff
Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi

![Madani – Corporate Logo V2 [Revised 2021]_Square.jpg](https://static.wixstatic.com/media/bfda72_db6246e5c5744dd9bab287e917f0adbd~mv2.jpg/v1/fill/w_115,h_148,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/Madani%20%E2%80%93%20Corporate%20Logo%20V2%20%5BRevised%202021%5D_Square.jpg)